Soalan Lazim dan Jawapan berkaitan dengan Akaun Tanpa Swap / Undang-undang Syariah / Akaun Islamik
Adakah Vantage Patuh Syariah?
Vantage tidak memberi jaminan bahawa produk atau perkhidmatannya adalah patuh syariah. Vantage menawarkan akaun Tanpa Swap bagi pelanggan yang tidak dapat melibatkan diri dalam faedah rollover (rollover interest) yang dikaitkan dengan kedudukan terbuka semalaman (overnight open positions) atas sebab-sebab peribadi, termasuk kewajipan agama.
Akaun Tanpa Swap tidak dikenakan sebarang swap atau caj faedah ke atas kedudukan semalaman. Sebaliknya, fi pentadbiran akan ditolak daripada baki akaun selaras dengan terma-terma yang terpakai.
Pelanggan yang ingin memastikan aktiviti kewangan mereka selaras sepenuhnya dengan nilai-nilai Islam digalakkan untuk mendapatkan pandangan daripada ilmuwan atau pihak berkuasa Islam yang bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan Islam.
Adakah Vantage menawarkan akaun Islamik?
Vantage tidak menawarkan "akaun Islamik" secara rasmi. Kami menawarkan akaun khusus yang dirujuk sebagai "akaun Tanpa Swap". Akaun-akaun ini disesuaikan secara eksklusif untuk pelanggan, selaras dengan kepercayaan agama mereka dengan mengelakkan penglibatan dalam faedah rollover yang dikaitkan dengan kedudukan terbuka semalaman.
Dalam akaun-akaun ini, tiada swap atau caj faedah yang dikaitkan dengan kedudukan semalaman. Tawaran ini menyerlahkan komitmen Vantage untuk menyediakan pilihan yang memenuhi keperluan dan prinsip kepercayaan pelanggannya yang berbagai-bagai.
Pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada ilmuwan atau pihak berkuasa Islam yang bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan Islam untuk menentukan sama ada jenis akaun ini boleh disifatkan sebagai "akaun Islamik".
Panduan sedemikian adalah penting bagi pelanggan yang ingin memastikan aktiviti kewangan mereka selaras dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.
Apakah itu Akaun Tanpa Swap?
Akaun Tanpa Swap Vantage ialah akaun yang ditawarkan oleh Vantage, atas budi bicara Vantage yang mutlak, yang tidak melibatkan sebarang swap atau caj faedah ke atas kedudukan semalaman.
Sebaliknya, fi pentadbiran dikenakan ke atas kedudukan tersebut, dan akan ditolak daripada baki akaun pelanggan. Jenis akaun ini direka untuk memenuhi keperluan pedagang yang, berdasarkan kepercayaan agama mereka, tidak dapat melibatkan diri dalam urus niaga yang terlibat dengan swap atau faedah.
Akaun Tanpa Swap Vantage merangkumi: Swap-Free Standard STP dan Swap-Free RAW ECN
Adakah berdagang dengan Vantage halal?
Kami tidak memberi jaminan berhubung status patuh syariah dan tidak berada dalam kedudukan untuk memberi nasihat sama ada aktiviti perdagangan di platform kami adalah selaras dengan prinsip-prinsip Islam.
Sama ada berdagang dengan Vantage adalah dibenarkan berlandaskan prinsip-prinsip Islam adalah suatu keputusan yang harus dibuat oleh pelanggan kami, dengan mendapatkan nasihat daripada ilmuwan atau pihak berkuasa Islam yang bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan Islam.
Kami menggalakkan para pelanggan kami untuk mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak tersebut bagi memastikan aktiviti perdagangan mereka selaras dengan nilai-nilai mereka.
Dengan mendapatkan panduan daripada ilmuwan atau pihak berkuasa Islam yang bertauliah, pedagang Muslim boleh membuat keputusan termaklum yang selaras dengan nilai-nilai Islam dalam urusan kewangan mereka.
Bolehkah Anda Berdagang CFD Pada Akaun Tanpa Swap?
Boleh. Semua jenis akaun yang ditawarkan oleh Vantage, termasuklah akaun Tanpa Swap, membolehkan anda berdagang CFD (Kontrak untuk Perbezaan / Contracts for Difference) merentasi semua pasaran yang tersedia, termasuk pertukaran asing (forex), saham, komoditi, indeks, dan lain-lain.