Memahami mod perdagangan salinan Vantage
Perdagangan salinan Vantage menawarkan mod yang berbeza untuk membantu anda menyalin dagangan pedagang berpengalaman dengan cara yang sesuai dengan pilihan anda. Berikut adalah empat mod utama perdagangan salinan yang boleh anda pilih: Nisbah Ekuiti, Margin Digunakan Setara, Lot Tetap, Gandaan Tetap
Nisbah Ekuiti
- Bagaimana ia berfungsi?Mod ini secara automatik melaraskan saiz lot penyalin berdasarkan nisbah ekuiti akaun penyalin kepada akaun penyedia isyarat. Apabila leverage penyalin berbeza daripada penyedia isyarat, ia mungkin mengakibatkan tahap margin yang berbeza antara akaun penyalin dan penyedia isyarat.
- Formula:Jumlah salinan = Jumlah penyedia isyarat × (Ekuiti penyalin ÷ Ekuiti penyedia isyarat) × Gandaan × Nisbah saiz kontrak📚Contoh:
Penyedia Isyarat | Penyalin |
Ekuiti: $10,000 Saiz Kontrak: 100,000 Buka: 1.00 Lot | Ekuiti: $2,000 Saiz Kontrak: 10,000 Gandaan: 0.1x |
Saiz lot penyalin = 1.00 × (2,000 ÷ 10,000) × 0.1 × (100,000 ÷ 10,000) = 0.2
Sesuai Untuk:
Pelabur yang dana perdagangan salinannya berbeza dengan ketara daripada penyedia isyarat mereka, dan pelabur jangka panjang yang berharap mendapat manfaat daripada pertumbuhan kompaun.
Margin Digunakan Setara
Bagaimana ia berfungsi?
Mod ini secara automatik melaraskan saiz lot penyalin supaya menggunakan nisbah margin yang serupa seperti penyedia isyarat. Ekuiti yang lebih tinggi meningkatkan kapasiti margin, yang mungkin membenarkan saiz lot lebih besar dan pendedahan risiko lebih tinggi.
Formula:
Saiz Lot Penyalin = Saiz Lot Penyedia Isyarat * (Leverage Penyedia Isyarat / Leverage Penyalin) * (Baki Penyalin / Baki Penyedia Isyarat).
Pelarasan Dinamik:
Apabila ekuiti berubah disebabkan keuntungan atau kerugian, saiz lot diselaraskan secara automatik. Pendedahan risiko kekal berkadar dengan saiz akaun.
Kesan Kompaun:
Jika penyedia isyarat tidak membuat deposit atau pengeluaran dana, kedua-dua akaun akan berkembang secara berkadar dan nisbah risiko kekal stabil.
Formula:
Saiz Lot Penyalin = Saiz Lot Penyedia Isyarat * (Leverage Penyedia Isyarat / Leverage Penyalin) * (Baki Penyalin / Baki Penyedia Isyarat).
Pelarasan Dinamik:
Apabila ekuiti berubah disebabkan keuntungan atau kerugian, saiz lot diselaraskan secara automatik. Pendedahan risiko kekal berkadar dengan saiz akaun.
Kesan Kompaun:
Jika penyedia isyarat tidak membuat deposit atau pengeluaran dana, kedua-dua akaun akan berkembang secara berkadar dan nisbah risiko kekal stabil.
📚Contoh:
Penyedia Isyarat | Penyalin |
Baki: $10,000 Leverage: 1:100 Buka: 1.00 Lot | Baki: $2,000 Leverage: 1:200
|
Langkah 1: Bandingkan Leverage
Leverage Isyarat ÷ Leverage Penyalin
100 ÷ 200 = 0.5
Langkah 2: Bandingkan Saiz Akaun
Baki Penyalin ÷ Baki Isyarat
2,000 ÷ 10,000 = 0.2
Langkah 3: Pengiraan Akhir
1.00 × 0.5 × 0.2 = 0.10 lot
*Akaun Cent dan USD mengikuti logik yang sama.
Sesuai Untuk:
Pelangan yang mahu dana mereka digunakan secara berkadar dan sepenuhnya untuk menyalin, meminimumkan risiko situasi “tidak dapat mengikuti pesanan” kerana margin tidak mencukupi.
Lot Tetap
Bagaimana ia berfungsi?
Penyalin memilih saiz lot tetap bagi setiap pesanan. Setiap dagangan yang disalin akan menggunakan saiz lot tersebut dengan tepat, tanpa mengira saiz lot atau baki akaun penyedia isyarat.
Saiz lot yang ditetapkan tidak diselaraskan secara automatik mengikut baki penyalin. Jika saiz lot yang dipilih tinggi berbanding modal mereka, ia mungkin mewujudkan pendedahan yang ketara dan meningkatkan risiko panggilan margin.
📚Contoh:
- Saiz Lot Penyedia Isyarat---> 3 → 1 → 2 → 4 → 2 → 1
Saiz Lot Penyalin 1---> 2 → 2 → 2 → 2 → 2 → 2
Sesuai Untuk:
Pelangan yang sangat mengambil berat tentang saiz lot dan lebih suka kawalan ketat ke atas saiz posisi. Mereka biasanya memantau dagangan dengan teliti.
Gandaan Tetap
Bagaimana ia berfungsi?
Penyalin memilih gandaan saiz lot penyedia isyarat.
Walaupun model ini mengskala saiz dagangan berbanding saiz lot isyarat, ia tidak mengekalkan nisbah margin yang setara antara akaun.
Formula:
Saiz Lot Penyalin = Saiz Lot Penyedia Isyarat × Gandaan Terpilih
*Gandaan kekal sama.
*Saiz lot berubah hanya apabila penyedia isyarat mengubah saiz lot mereka.
📚Contoh:Gandaan dipilih: 0.1x
- Saiz Lot Penyedia Isyarat --->3 → 1 → 2 → 4 → 2 → 1
- Saiz Lot Penyalin 1--->0.3 → 0.1 → 0.2 → 0.4 → 0.2 → 0.1
*Akaun Cent dan USD mengikuti logik yang sama.
Sesuai Untuk:- Pelangan yang mahu kawalan langsung ke atas skala saiz lot
- Pelangan yang memantau dagangan secara aktif